Pengawal Sekolah & Teman Lelaki Didakwa Cabul Murid Perempuan Tahun 3 Dalam Tandas Di Sekolah

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa antara jam 9.30 hingga 10.30 pagi pada 7 Oktober lalu di tandas perempuan sekolah itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengawal keselamatan sekolah dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di tandas sekolah minggu lalu

Menurut laporan Kosmo!, tertuduh, Muahmad Mohd Mohtar, 25, dan Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim N. Kanageswari.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa antara jam 9.30 hingga 10.30 pagi pada 7 Oktober lalu di tandas perempuan sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Kes itu dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 terhadap setiap tertuduh serta syarat tambahan agar mereka melapor diri setiap bulan sehingga kes selesai.

"Tertuduh juga tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sekiranya ada," katanya.

Muahmad memaklumkan bahawa dia bekerja sendiri, manakala Nor Aleeya yang diwakili peguam Norfazrin Jamal merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kepada RM10,000, dengan alasan anak guamnya bergaji RM1,600 dan menanggung keluarga serta empat adik-beradik yang masih bersekolah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Kanageswari membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap setiap tertuduh, berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada masa akan datang. Kes ini menambah kepada kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan kanak-kanak di institusi pendidikan tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat untuk mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: