Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Lelaki Berusia Empat Bulan – “Tiada Pengakuan Direkodkan”

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh berdepan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengasuh kini didakwa atas tuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan

Kejadian telah berlaku di sebuah pusat asuhan di dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada awal bulan ini.

Menurut laporan daripada Harian Metro, tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, berpakaian baju belang biru hanya menerima bacaan pertuduhan di hadapan majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Tiada pengakuan direkodkan setakat ini

Pengakuan daripada tertuduh tidak lagi ada kerana kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berada di bawah bidang Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Nur Farhana didakwa atas pembunuhan yang menyebabkan kematian bayi kepada Ummu Habibah Wahab, 29, di Taska Pintar Hospital Seberang Jaya.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Kejadian ini berlaku di antara jam 1 pagi hingga 4 pagi pada 9 Mac lepas.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh berdepan dengan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan sebatan sebanyak 12 kali.

Seorang lagi rakan sekerja tertuduh yang turut direman telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan.

Menurut laporan, mangsa, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, ditemui tidak sedarkan diri di pusat jagaan 24 jam.

SAYS.com
Image via Facebook

Ibunya, yang juga seorang jururawat yang sedang bertugas syif malam, menerima panggilan bahawa muka anaknya sudah bertukar menjadi biru.

Doktor telah cuba melakukan bantuan pernafasan (CPR) selama satu jam, tetapi bayi itu tidak dapat diselamatkan.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan dan tarikh sebutan adalah pada 23 Jun ini kerana masih menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: