Pengasas Restoran Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah Dilaporkan Meninggal Dunia
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengasas dan pemilik rangkaian restoran terkenal Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah, dilaporkan telah meninggal dunia pada Rabu malam
Menurut laporan Sinar Harian dan kenyataan rasmi yang dikongsikan ahli keluarga menerusi laman Facebook, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 malam di Hospital Sungai Buloh.
"Kami amat menghargai doa dan ucapan takziah daripada semua pihak. Pengurusan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian," menurut kenyataan bersama oleh Datin Aminah Lee, Datuk Mustafa Chan, Datuk Muhammad Nik Chan, Eliza Chan dan keluarga.

Urusan pengebumian:
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail bermula jam 9 pagi Khamis. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara 2 selepas solat Zohor.
Untuk info, restoran Mohd Chan terkenal sebagai rangkaian restoran Chinese Muslim Halal yang popular di Malaysia. Ia dikenali kerana menyajikan pelbagai hidangan Cina halal seperti dim sum, itik panggang, dan nasi ayam yang menjadi pilihan ramai, terutama untuk jamuan keluarga dan majlis rasmi.
Pemergian Datuk Mohd Chan Abdullah pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam industri kulinari tempatan, khususnya dalam pembangunan restoran makanan Cina halal yang kini menjadi semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 