Pengasas eHati & Pasangannya Yang Diburu Polis Telah Dikenal Pasti Lokasinya – KP Selangor
Siasatan mendapati kedua-dua individu itu dipercayai keluar negara sehari sebelum pertuduhan dijadualkan dibacakan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan suami isteri, termasuk pengasas program motivasi rumah tangga eHati yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan bahawa hasil siasatan menunjukkan kedua-dua individu berkenaan dipercayai meninggalkan negara satu hari sebelum pertuduhan dijadualkan untuk dibacakan.
"Masih lagi tidak ada tangkapan dibuat kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) percayai mereka sudah melarikan diri ke luar negara sebelum pertuduhan dijalankan.
"Hasil semakan awal PDRM, (suspek ke luar negara) melalui laluan sah kerana mereka bergerak lebih awal sebelum waran dikeluarkan.
"Polis percaya pada 13 Oktober (mereka melarikan diri ke luar negara) yang mana pertuduhan dilaksanakan pada 14 Oktober.
"(Suspek yang melarikan diri) Ya, dua penama yang dikeluarkan waran tangkap itu," katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
Image via Faiz Anuar/ Harian MetroPihak polis telah mengenal pasti negara yang menjadi lokasi pelarian suspek, namun tidak mendedahkannya
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak polis telah mengenal pasti negara yang menjadi lokasi pelarian kedua-dua suspek, namun butiran tersebut tidak akan didedahkan buat masa ini.
"Sekarang, PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara terbabit untuk membantu mengesan penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka.
"Biarlah rahsia (negara mana) .. beri peluang kepada PDRM untuk melaksanakan tugasan dan siasatan, dikhuatiri sekiranya diberitahu maka akan lebih menyukarkan proses pencarian.
"Di kawasan Asia Tenggara," katanya.

Pengasas bersama eHati, Diana Tahir dan Rahim Shukor.
Image via Utusan MalaysiaSebelum ini, media melaporkan bahawa dua individu termasuk pengasas eHATI kini diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan mereka hadir ketika pertuduhan hendak dibacakan di mahkamah.
Terdahulu, polis mendedahkan bahawa seramai 95 individu telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 pada September tahun lalu.
Siasatan turut mendapati wujudnya adegan tidak senonoh dalam segmen Queen's Night melibatkan empat individu yang bertindak sebagai fasilitator program berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 