Pengasas eHATI Nafi ‘Air Piya’ Ada Bahan Terlarang, Ia Hanya Campuran Koko, Madu & Rempah

Tular spekulasi kononnya air tersebut mengandungi bahan menyerupai cendawan ajaib yang memberi kesan halusinasi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn. Bhd. (eHATI) akhirnya tampil memberi penjelasan selepas tular dakwaan 'Air Piya' yang diberikan kepada peserta program mereka mengandungi bahan terlarang

Menurut laporan Utusan Malaysia, pengasas bersama eHATI, Diana Tahir dan Rahim Shukor berkata, minuman itu sebenarnya hanya campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi.

Katanya, rumusan itu dibuat khas untuk membantu menenangkan fikiran peserta, bukan menghayalkan.

Difahamkan, pihak eHATI menegaskan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang disebarkan, sambil menunggu siasatan pihak berkuasa selesai.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Menerusi kenyataan dimuatnaik di media sosial, pasangan itu menyatakan rasa kesal terhadap beberapa dakwaan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai eHati serta modul-modul yang ditawarkan

"Untuk makluman semua, kami adalah pengamal bertauliah dalam bidang hipnoterapi dan setiap program eHati dibangunkan secara teliti agar mematuhi standard etika profesional serta selari dengan nilai budaya dan agama masyarakat kita.

"Program kami bertujuan membantu wanita dari pelbagai latar belakang untuk mencapai ketenangan, meningkatkan keyakinan diri dan memulihkan trauma melalui pendekatan seperti Neuro-Linguistic Programming (NLP), hipnoterapi, dan psikoterapi,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Difahamkan, organisasi itu juga telah membuat laporan polis pada 12 Julai lalu serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut

"Kami juga ingin menyatakan bahawa tiada sebarang siasatan rasmi dijalankan terhadap kami dan eHati terlebih dahulu sebelum pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa bahawa eHati membawa ajaran yang menyimpang serta menyumbang kepada keruntuhan moral dan akidah ummah.

"Pihak eHati kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tidak berasas dan atau berniat jahat terhadap eHati yang telah menjejaskan reputasi, kredibiliti dan operasi sah program kami.

"Selain menjejaskan reputasi serta kredibiliti profesional kami, penyebaran posting berunsur fitnah ini turut mencemarkan nama baik keluarga kami. Kami sangat terkesan secara emosi dan mengalami tekanan mental yang mendalam akibat penyebaran maklumat tidak berasas ini.

"Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa penyebaran posting berunsur fitnah ini turut memberi kesan yang amat mendalam terhadap ibu Diyana Tahir. Tekanan emosi yang dialami beliau susulan daripada isu ini telah menjejaskan kesihatan beliau secara serius, dan pagi semalam, beliau telah menghembuskan nafas terakhir," jelasnya lagi.

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: