Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali Dikurniakan DPSM Yang Membawa Gelaran Datuk

Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-76 TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Media Prima
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Mohd Rafiq Mat Razali, dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk

Beliau antara penerima anugerah dan pingat negeri sempena sambutan ulang tahun ke-76 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, di Seri Negeri, Melaka semalam.

Rafiq dilantik sebagai pengarah urusan Media Prima pada 1 Oktober 2021, dengan pengalaman luas dalam transformasi digital, kepimpinan strategik dan pengurusan operasi merentas sektor media, teknologi serta telekomunikasi.

SAYS.com
Image via Kerajaan Negeri Melaka

Rafiq menyertai Media Prima pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group

Di REV Media Group, beliau memacu pengambilalihan aset digital utama yang mengukuhkan kedudukan Media Prima dalam landskap digital negara.

Untuk rekod, Rafiq berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Aktuari) dari The Pennsylvania State University dan merupakan alumni Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School.

Selain tanggungjawab korporat, beliau aktif dalam pembangunan industri. Pada 2024, beliau dilantik sebagai Pengerusi Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) dan disambung untuk penggal kedua Januari lalu.

Rafiq juga berperanan sebagai mentor di Endeavor Malaysia, membimbing usahawan berimpak tinggi.

SAYS.com

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali

Image via Media Prima

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: