Penganjur Didakwa Ambil Kesempatan ‘Tunggang’ Isu #JusticeForZara Dalam Promosi Food Fest Dikecam Ramai
Difahamkan, festival itu berlangsung pada 24 Ogos lalu di Dataran Arena Merdeka, Dungun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Insiden pemergian tragis membabitkan seorang pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir dari Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, terus menjadi topik hangat dan diperkatakan ramai sehingga hari ini
Peristiwa menyayat hati itu bukan sahaja meraih perhatian masyarakat tempatan, malah turut mendapat reaksi dari negara jiran, selepas timbul dakwaan yang mengaitkan kejadian ini dengan isu buli di sekolah.
Disebabkan itu, ramai yang berhimpun dan berharap agar pelaku dikenakan hukuman dan siasatan dijalankan secara adil demi menegakkan keadilan arwah.
Namun, baru-baru ini tular apabila ada penganjur pesta makanan yang didakwa cuba mengambil kesempatan atas isu tersebut yang menjadi tular.

Anjurkan food festival konon untuk solidariti buat Zara
Sebuah hantaran menarik perhatian ramai apabila penganjur sebuah festival makanan berkongsi poster promosi acara tersebut di media sosial.
Apa yang menjadi tumpuan netizen bukan sekadar festival itu, sebaliknya kerana salah satu poster yang dimuat naik turut memaparkan foto Allahyarhamah Zara Qairina bersama tanda pagar #SuaraKamiTakAkanSenyap dan #BangkitDemiKebenaran.
Berdasarkan maklumat pada poster berkenaan, festival makanan itu difahamkan telah pun berlangsung pada 20 hingga 24 Ogos lalu di Dataran Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.
Namun, sambutan itu bukanlah dalam bentuk sokongan, sebaliknya ramai yang tampil mengecam tindakan pihak penganjur.
Netizen berpendapat poster tersebut jelas menunjukkan kurangnya kepekaan terhadap sensitiviti insiden yang masih dalam siasatan sehingga kini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 