Penganggur Di China Sanggup Bayar RM18 Sehari Untuk Nampak ‘Bekerja’ Di Pejabat Palsu
In real life 'acah-acah nampak busy'.
Cover image via South China Morning PostFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu trend pelik sedang tular di bandar-bandar besar China apabila golongan muda yang menganggur sanggup membayar untuk 'bekerja' di syarikat palsu
Fenomena yang digelar sebagai 'pretend work companies' ini menawarkan suasana pejabat sebenar bagi mereka yang masih bergelut mencari kerja, dengan caj antara 30 yuan hingga 50 yuan sehari (lebih kurang RM18 hingga RM30).
Menurut laporan South China Morning Post, dengan bayaran itu mereka mendapat ruang meja kerja untuk diisi sepanjang hari.
Tujuannya bukan sekadar duduk kosong, tetapi lebih kepada memberi rutin harian, rasa produktif dan dalam masa sama, mengelak tekanan sosial serta soalan-soalan 'panas' daripada ibu bapa.

Untuk menjadikan pengalaman itu lebih real, ada syarikat palsu yang siap buat 'temuduga olok-olok' dan tetapkan peraturan pejabat seperti "dilarang bercinta sesama rakan sekerja"
Namun, motivasi setiap orang berbeza. Ada seorang gadis muda dilaporkan hanya 'bekerja' sehari di syarikat sebegini, semata-mata untuk ambil swafoto dan hantar pada ibunya sebagai bukti kononnya dia sudah dapat kerja.
Bagi yang lain pula, seperti Ryan berusia 25 tahun, pengalaman ini jadi lebih serius. Selepas 18 bulan menganggur, dia sudah enam bulan 'bekerja' di pejabat palsu lengkap dengan jadual 9 pagi hingga 6 petang demi memberi keyakinan kepada diri sendiri dan juga menghantar gambar rutin hariannya kepada ibu bapa.

Fenomena ini berlaku dalam konteks kadar pengangguran belia di China yang tinggi, iaitu sebanyak 15.8% bagi golongan berusia 16 hingga 24 tahun pada separuh pertama tahun 2025
Bagi sebahagian anak muda, pejabat olok-olok ini dilihat sebagai ruang perlindungan daripada budaya masyarakat yang tidak begitu menerima konsep 'rehat' atau menganggur.
Yang lain pula lebih menghargai faedah kecil seperti kopi percuma, penghawa dingin, serta peluang untuk bergaul dengan mereka yang menghadapi situasi sama.
"Saya rasa lebih fokus bila berada di pejabat palsu ni, tapi saya tetap berharap suatu hari nanti saya boleh berhenti berpura-pura dan dapat kerja sebenar," kata seorang pengguna yang berkongsi pengalamannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



