Penduduk Gaza Sebak Dapat Makan Daging Buat Pertama Kali Selepas Sekian Lama
Alhamdulillah, seronok tengok mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di tengah-tengah konflik berpanjangan antara Israel dan Palestin, kegembiraan kecil membawa makna besar buat penduduk Gaza yang sekian lama berdepan penderitaan dan kekurangan bekalan makanan
Di kala semua kelaparan dan mengidam untuk menikmati makanan yang enak, penduduk Gaza hanya mampu bersyukur apabila dapat menjamah apa sahaja yang ada.
Namun, baru-baru ini penduduk Gaza berkongsi detik menyentuh hati selepas dapat menikmati hidangan sedap selepas lamanya.
Syukur dapat makan ayam setelah sekian lama tidak merasa
Dalam suasana penuh derita akibat peperangan dan kekurangan bekalan makanan, kisah kecil dari Gaza ini menyentuh hati ramai apabila seorang pengguna X, @MahmoudMassri15, berkongsi detik bermakna buat keluarganya yang akhirnya dapat menikmati hidangan ayam.
Ia adalah sesuatu yang dianggap mewah di tengah kelaparan yang berpanjangan.
"Hari ini sangat istimewa untuk kami di Gaza. Keluarga saya dan lima keluarga lain akhirnya dapat makan ayam selepas sekian lama.
"Ia mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang, tapi bagi kami, ini satu impian yang jadi kenyataan selepas bertahun-tahun penuh kesusahan," tulisnya di kapsyen.
Seorang lagi penduduk berkongsi kegembiraan dapat menikmati burger daging
Dalam satu lagi perkongsian, wartawan Gaza, @Tala_Darwish, turut menceritakan pengalaman menyentuh hati apabila dapat menikmati burger daging buat pertama kali selepas lapan bulan hidup dalam keadaan kebuluran dan kekangan bekalan makanan.
Katanya, detik kecil itu membawa kebahagiaan yang sukar digambarkan, malah mereka turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak yang terus menyalurkan bantuan ke wilayah bergolak itu.
Perkongsian itu segera menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang tersentuh dengan ketabahan dan kesungguhan rakyat Gaza meneruskan kehidupan walaupun dihimpit penderitaan dan ancaman setiap hari.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 