Penduduk Ambil Inisiatif Sendiri Balut Kereta Guna Plastik Tebal Demi Jaga Kereta Daripada Banjir

Salah satu ikhtiar untuk selamatkan kereta.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekali lagi, ujian getir bencana alam melanda, menguji ketabahan ribuan rakyat Malaysia

Ketika hujan lebat yang berterusan tanpa henti membasahi bumi sejak beberapa minggu lalu, banyak negeri di semenanjung Malaysia kini bergelut dengan ancaman banjir besar yang bukan sahaja membawa limpahan air, tetapi juga meninggalkan kesan kemusnahan harta benda yang mendalam.

Keadaan ini memaksa masyarakat untuk berdepan dengan kehilangan, ketidakpastian, dan cabaran untuk memulakan semula kehidupan di tengah kemelut musim monsun yang semakin mencabar.

Malah, di media sosial dapat dilihat ramai mengambil pelbagai tindakan dan strategi untuk melindungi barangan berharga mereka daripada mengalami kerosakan serius akibat bencana alam.

SAYS.com
Image via Bernama

Ikhtiar supaya kereta tak rosak sebab banjir

Dalam usaha proaktif menghadapi risiko banjir, tindakan seorang pengguna media sosial yang membalut kenderaannya menggunakan plastik tebal telah menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menjelaskan, "Ikhtiar supaya kereta tak rosak akibat banjir. Plastik ini sangat kuat."

Kaedah ini kini dilihat mula menjadi pilihan popular dalam kalangan penduduk di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi dilanda banjir sebagai langkah perlindungan.

Sementara itu, situasi banjir di peringkat kebangsaan masih kritikal. Berdasarkan data terkini dari portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat ini seramai 5,327 mangsa telah terjejas dengan pembukaan 101 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan negeri yang terbabit.

SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik