Penduduk Abaikan Parkir Bertingkat & Berkira Bayar RM60 Sebulan Undang Persoalan Ramai

Difahamkan, penduduk PPR itu juga menghadapi masalah dengan syarat permohonan yang terlalu ketat oleh DBKL.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Black Pesol / Tiktok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai mengecam apabila mendengar rintihan mengenai tingkah laku penduduk apabila telah mendapat parkir tambahan

Dahulunya mendesak tetapi netizen internet membidas tindakan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang lebih rela meletakkan kenderaan di bahu jalan walaupun kemudahan tempat letak kereta bertingkat baharu telah dibuka.

Menerusi video perkongsian dari Black Pesol, dia mengkritik tindakan penduduk PPR ini kerana selama ini mendesak ruang parkir tambahan, tetapi apabila sudah ada mereka mengabaikan kemudahan baru ini.

SAYS.com
Image via Black Pesol / TikTok

Fasiliti dah ada, diabaikan kerana berkira demi parkir percuma

Video tersebut menunjukkan kemudahan parkir bertingkat yang masih mempunyai banyak tempat kosong tetapi di tepi jalan berhampiran kawasan parkir baharu penuh dengan kenderaan.

Kebanyakannya meletakkan kenderaan secara 'double park' dan lebih rela parkir secara haram daripada membayar yuran bulanan sebanyak RM60 sebulan.

SAYS.com
Image via Black Pesol / TikTok

Black Pesol memberitahu bahawa dia kecewa dengan apa yang penduduk PPR buat.

"Rasa tidak patut pula kalau saya tidak buat video ini, jadi saya perlu menegur orang ramai… dahulu, ketika tiada bangunan parkir, kamu semua asyik memintanya. Kini apabila ia sudah siap dan kereta sudah boleh masuk, kamu masih tidak mahu menggunakannya." katanya.

SAYS.com
Image via Black Pesol / TikTok

"Sebaliknya, kamu letak kereta di tepi jalan. Kemudian, apabila dikenakan saman, kamu marah. Tempat letak kereta bertingkat itu sudah dibuka dan boleh digunakan, tetapi kawasan di luar masih bersepah." tambahnya lagi.

Black Pesol juga menyatakan kebimbangan dan keselamatan jika melibatkan pihak berkuasa tempatan.

"Jika pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu melaluinya, itu pun pasti akan menjadi sukar. Kamu sendiri tidak mempunyai rasa hormat terhadap penduduk lain," ujar Black Pesol.



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan di klip video itu bahawa yuran bulanan RM60 diperlukan untuk memastikan kelancaran pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti supaya teratur.

"Kemudahan ini juga merupakan salah satu inisiatif DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan dan kekurangan tempat letak kereta di kawasan PPR demi keselesaan para penduduk." kata DBKL.

Warganet turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan

Warganet turut kurang simpati kepada penduduk PPR disitu dan bersetuju dengan teguran Black Pesol dan kenyataan DBKL.

"RM60 sebulan itu murah. Sekurang-kurangnya apabila anda pulang dari kerja, anda tidak perlu risau tentang mencari tempat letak kereta." kata seorang pengguna di Tiktok.

Seorang pengguna mengatakan isu ini lebih mendalam dari bilangan kenderaan yang banyak di rumah kos rendah.

"Pahit teruk sewa rumah pon bawah rm500 sewa parking baru rm 60-50 betul pahit lah semua nak percuma susah gak," tambah pengguna.

Video penuh di bawah:

Penduduk PPR menerangkan kesulitan permohonan parkir bertingkat yang terlalu sukar

Black Pesol juga telah membuat satu video sambungan untuk memberitahu DBKL supaya mempermudah urusan kerana permohonan parkir tersebut terlalu sukar untuk diluluskan. Antara dokumen yang DBKL minta adalah surat beranak, slip gaji dan beberapa dokumen lagi.

Mereka juga mengatakan penduduk itu telah dijanjikan RM30 sebulan tetapi telah bertukar menjadi RM70 sebulan.

Dalam kes ini, syarat yang ketat dan permintaan slip gaji adalah untuk memastikan penduduk PPR itu adalah penduduk yang layak duduk di perumahan itu dan bukannya penyewa.

Rumah PPR tidak boleh disewa, pemilik atau penyewa asal yang melanggar syarat ini boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan perjanjian, pengusiran, dan penyenaraian hitam. PPR bertujuan untuk kediaman sendiri bagi golongan berpendapatan rendah, bukan untuk keuntungan sewaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: