Pendapatan Amil Didakwa Kian Terjejas, Ramai Bayar Zakat Melalui Online

Ramai tidak tahu sebenarnya amil dibayar mengikut resit yang dibuka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ikhlas & Inside Hook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zakat dahulunya dibayar melalui amil kini bertukar dengan bayaran secara atas talian yang lebih mudah

Namun, realitinya pembayaran pantas secara dalam talian telah sedikit sebanyak memberikan impak terhadap para amil.

Baru-baru ini, media sosial mendengar luahan netizen mengenai isu kekurangan pendapatan golongan amil akibat perubahan pembayar zakat ke platform digital.

SAYS.com
Image via Malaysia Aktif

Banyak golongan amil berusia menunggu pembayar zakat di kaunter secara fizikal

Melalui satu ciapan di Threads, ramai memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara ini.

"Area Mergong siapa nak bayar zakat fitrah tahun ini boleh bayar dekat pakcik ni, tolong kongsikan. Ingat gaji mereka ikut resit yang mereka buka," kata seorang wanita.

Ada juga yang selama ini tidak mengetahui gaji amil mengikut jumlah resit.

"Saya baru tahu gaji amil ikut resit. Bagi ayah saya, tahun ini lepas masjid kena ambil dgn badan kerajaan terus ayah saya dikurangkan giliran bertugas, hujung minggu tak bagi duduk di masjid. Patutlah ayah saya sedih sgt," ujar seorang wanita.

Seorang wanita yang juga merupakan anak kepada amil juga meluahkan rasa sedih kerana kekurangan orang yang datang untuk membayar zakat ke amil.

"Ayah saya pun amil, dia kata semenjak dah boleh bayar online memang kurang sangat orang datang bayar. kesian dia hari-hari tunggu dekat masjid, tahun ni baru dua buku resit," katanya.

Mungkin pendedahan ini cukup untuk membuka mata orang ramai untuk membuat bayaran secara tradisional melalui amil untuk membantu mereka.

Di ruangan komen Threads itu juga menunjukkan ramai yang kini mahu membuat bayaran secara fizikal daripada menggunakan perkhidmatan dalam talian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: