Pendaki Gunung Liang Ditemui Maut Kesejukan Selepas Dua Hari Hilang, 2 Malim Gunung Ditahan

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @jjcmperak (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pendaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lalu ditemukan maut di puncak gunung berkenaan petang semalam

SAYS.com
Image via @jjcmperak (Threads)

Menurut laporan Berita Harian, mangsa, Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah, dilaporkan menyertai aktiviti pendakian bersama 10 orang rakan lain pada 10 Oktober lalu.

Difahamkan, kumpulan itu memulakan perjalanan dari Bukit Fraser, Pahang, dan dijadualkan menamatkan pendakian di Gunung Liang, yang terletak di sempadan Pahang–Perak.

Namun, pada Selasa, 14 Oktober 2025, Mustaqqeem dikatakan mula berjalan perlahan akibat masalah kaki, dan kali terakhir dilihat sekitar 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat.

Operasi SAR dijalankan selepas dua hari kehilangan

Pada 16 Oktober 2025, laporan kehilangan Mustaqqeem diterima pihak berkuasa sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan segera.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, pasukan operasi mengaplikasikan konsep LAST (Lost Person Behaviour Analysis) dengan mengikuti peta laluan pendakian hingga ke lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

SAYS.com
Image via @jjcmperak (Threads)

Mangsa ditemukan pada jam 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan tidak bernyawa.

"Ketua operasi melakukan pencarian mangsa dengan mengaplikasikan konsep LAST dan mengikuti peta laluan pendakian sehingga ke lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang," katanya.

Operasi SAR tersebut melibatkan 22 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Slim Village dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Helikopter tidak dapat dikerah disebabkan keadaan cuaca

Tambah Shazlean, Unit Udara Bomba dijangka menggunakan helikopter bagi membawa turun mayat mangsa pada pagi Jumaat.

"Berdasarkan laporan dari Unit Udara Bomba, penggunaan helikopter tidak dapat dilakukan pada masa ini atas faktor cuaca, maka pasukan penyelamat kedua akan naik ke atas bersama kelengkapan bagi menggantikan pasukan penyelamat pertama.

"Pasukan berkenaan akan bermalam di atas puncak Gunung Liang, manakala kerja-kerja membawa turun mangsa menggunakan helikopter akan dilaksanakan pada 9 pagi esok,"
katanya lagi.

Dalam laporan terkini, Allahyarham Mustaqqeem ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan mengiring seakan tidur dengan hidung mengeluarkan sedikit darah

Penemuan itu disahkan oleh pegawai Zon 4 Tapah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Marazman Mohamad, 38, yang juga antara individu terawal tiba di lokasi kejadian semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

"Kalau tengok kepada keadaan jenazah, ia seperti kesejukan dan ada sedikit pendarahan pada hidungnya yang mungkin disebabkan udara sejuk yang biasanya disebut 'hypothmia'.

"Saya dapati mangsa tidak gunakan pun kelengkapan yang ada dalam begnya seperti beg tidur namun botol air kosong semuanya. Mangsa seakan hilang pertimbangan untuk berfikir kerana biasanya peserta perkhemahan akan gunakan beg tidur untuk tidur,"
katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Sadari mengesahkan dua malim gunung ditahan kerana disyaki memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit semasa ekspedisi berkenaan dijalankan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: