Penangan Kad Pokemon, Ratusan Peminat Sanggup Beratur & Bermalam Demi ‘Charizard’ Edisi Terhad

Difahamkan, kad paling mahal set berkenaan boleh mencecah harga RM3,500.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Pokemon Company & Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suatu masa dahulu kad Pokemon ialah hobi yang biasa-biasa sahaja dan selalunya dipandang enteng oleh masyarakat

Kini populariti Trading Card Game (TCG) Pokemon telah melonjak begitu sekali sehingga ada yang beharga ribuan malah jutaan ringgit.

Bulan lepas seorang warga tempatan bernama Damiral Imran telah berjaya menjual kesemua koleksinya dengan harga RM1.87 juta.

Semalam satu video di salah satu kedai kad tempatan iaitu Toysbars, telah mendapat sambutan dimana ramai orang sanggup beratur semata-mata untuk membeli set Pokemon terbaru iaitu set Mega Evolution: Phastasmal Flames.

SAYS.com
Image via The Pokemon Company

Ramai sanggup beratur sehingga ke blok belakang

Video tersebut telah dikongsikan di laman Thread oleh @k_amin.

"Peh, kawkaw ramai beratur. Kedai bukak esok pagi but sekarang dah cenggini dah 🤣🤣 Penangan Charizard hahahaha gilooo," katanya terkejut dengan jumlah orang yang beratur.

SAYS.com
Image via k_amin

Begitupun, rata-rata netizen tahu ramai di antara mereka yang beratur itu sebenarnya adalah penjual semula atau digelar scalper yang sebenarnya hanya membeli kad untuk mendapat keuntungan bukan kerana minat.

"Banyak resellers je ni.. Tengok muka2 yang beratur pon tau.. Member aku kata it was getting out of control.. Aku kalau TB, remove shrink wrap.. Atau suruh orang bukak on the spot.. Baru boleh beza kan orang yang betul2 chase dengan orang scalper. Betul tak Abah@eddyfazly?," kata nifhailzambri di komen.

Dalam pada itu, terdapat satu komen yang mendakwa ada pelanggan yang beratur sejak pukul 12 tengah hari semalam.

SAYS.com
Image via k_amin

Set baru ini menjadi mendapat sambutan hangat berpunca dari satu kad emas Mega Charizard X EX yang boleh mencecah harga AS$850 (RM3,500) sekeping dan boleh menjadi lebih mahal jika mempunyai gred yang tinggi.

SAYS.com
Image via Reddit

Charizard pula ialah antara Pokemon paling popular dalam dunia dan tidak hairanlah ramai orang sanggup beratur untuk peluang mendapat kad sebegini.

Difahamkan, ada juga yang kecewa mereka tidak dapat membeli set kad tersebut kerana nombor giliran sudah habis.

Fenomena ini juga membuatkan ramai peminat TCG Pokemon tidak dapat membeli kad kerana habis diborong oleh orang tidak bertanggungjawab yang hanya mahukan keuntungan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: