Penampilan Fazura Di Majlis Resepsi Luna Maya Curi Tumpuan – “Cantik Pakai All Black!”
Difahamkan, majlis resepsi tersebut diadakan di Jakarta, Indonesia.
Cover image via @missfazura (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Nur Fazura berkongsi momennya hadir ke majlis resepsi aktres Indonesia iaitu Luna Maya dan suaminya Maxime Bouttier malam tadi
Menerusi beberapa klip video di IG storynya, Fazura dilihat cantik dan elegan berpakaian gaun serba hitam sambil bergambar bersama rakan artis lain dari negara seberang itu.
Majlis resepsi Luna dan Maxime yang kedua itu turut diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan rock terkenal, Sheila On 7. Fazura juga dilihat sempat berkongsi klip video buat followersnya.



Dalam pada itu, tinjauan di laman Threads mendapati ada netizen berkata dakwaan yang kononnya Fazura dan Luna Maya bermasam muka selama ini tidak benar
Malah, kehadiran Fazura di majlis resepsi Luna Maya malam tadi disambut dengan sangat mesra oleh pasangan tersebut.
Sebelum ini, ramai berteka-teki tentang hubungan mereka sebagai rakan artis dan ingin tahu mengapa Fazura tidak hadir ke majlis resepsi Luna Maya yang pertama sehingga ada yang berpendapat mereka berdua bergaduh. Namun, semua spekulasi itu tidak benar sama sekali.



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



