Pemuda Nak Jual Koleksi Kad Pokemon Bernilai RM1.8 Juta, Siap Boleh ‘Swap’ Dengan Porsche Carrera 4S
Hampir RM2 juta tu!
Cover image via Damiral Imran (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pemuda tempatan mencuri perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi hasratnya untuk menjual keseluruhan koleksi kad Pokemon miliknya dengan harga yang mencecah RM1.8 juta
Menerusi hantaran di Facebook, individu tersebut menjelaskan bahawa koleksi kad yang dimilikinya bukan biasa-biasa. Malah, mengandungi sejumlah bundle yang sangat rare dan mempunyai nilai pasaran tinggi.
Menurut anggaran yang diperoleh melalui satu aplikasi khas, keseluruhan nilai koleksi kad Pokemon itu dianggarkan mencecah RM2 juta!


Bukan calang-calang koleksi, satu bilik penuh dipenuhi kad Pokemon termasuk kotak edisi khas yang masih belum dibuka dan kad rare yang sudah digred PSA10, dengan setiap satu bernilai ribuan ringgit
Lebih menarik, pemiliknya turut menawarkan satu kad anime One Piece yang rare, iaitu antara kad paling diburu peminat yang bernilai kira-kira RM50,000. Ia akan diberikan secara percuma kepada pembeli bertuah nanti.
Walaupun menerima banyak perhatian, pemuda itu menegaskan dia tidak terdesak untuk menjual, sebaliknya sedang mencari pembeli yang benar-benar serius dan berani untuk memiliki koleksi bernilai tinggi itu.
Setakat ini, bidaan tertinggi yang diterima mencecah RM1.68 juta, namun dia masih menantikan tawaran penuh RM1.8 juta yang diminta.


Menariknya, dia juga terbuka untuk 'swap' dengan menawarkan sebuah kereta sport Porsche 911 Carrera 4S berserta tambahan tunai RM1 juta untuk mendapatkan keseluruhan koleksi kad Pokemon tersebut
Sebagai galakan tambahan, dia turut menjanjikan komisen sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya mempertemukannya dengan pembeli sebenar.
Setakat ini, ruangan komen di hantaran tersebut turut dibanjiri oleh beberapa individu yang menyatakan minat, namun belum ada lagi yang benar-benar menutup perjanjian bernilai jutaan ringgit itu.
Lihat posting di bawah:




