Pemuda Malaysia Mahu Jual Koleksi Kad Pokemon Bernilai RM4.4 Juta, Boleh ‘Swap’ Dengan Kereta Sport
Tahun lepas, dia telah menjual koleksi kad Pokemon berharga RM1.87 juta.
Cover image via Damiral Imran / FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemuda tempatan ini kembali menggegarkan komuniti trading card game (TCG) Malaysia
Kali ini Damiral Imran mahu menjual koleksi kad-kad Pokemon yang mempunyai nilai pasaran hampir RM4.68 juta ini.
Tahun lepas dia telah berjaya menjual koleksi kad Pokemonnya yang bernilai RM1.87 juta.
Damiral juga telah berkongsi gambar nilai sebenar pasaran koleksi-koleksi yang dia ada melalui aplikasi Shiny.

"Saya mahu menjual sebahagian koleksi Pokemon peribadi, saya hanya minta RM4.4 juta sahaja," ujar Damiral Imran di Facebook.
Pembeli juga boleh membuat bayaran lain dengan RM3.8 juta tunai bersama-sama kereta sport mewah Mercedes-Benz AMG GTS.

Koleksi lebih besar setelah 6 bulan mengumpul
Damiral memberitahu dia telah mengambil masa 6 bulan untuk mengumpul kesemua koleksi ini.
Sudah semestinya koleksi kali ini lebih besar dan jauh lebih bernilai daripada apa yang telah dijual pada tahun lepas.



Lebih menarik, Damiral juga akan memberi komisen sebanyak RM80,000 kepada sesiapa yang berjaya menghubungnya kepada sesiapa yang mahu membeli koleksi ini.
Dia juga mahu urusan jual beli dibuat secara bersemuka di sekitar Kuala Lumpur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



