Pemuda Kantoi Didakwa Rekod Video Bawah Skirt Wanita Di MRT – “Gila & Jijik”

Suami mangsa bertindak pantas menangkap lelaki terbabit selepas menyedari perbuatan jijik itu.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki menangkap seorang pemuda 'miang' dipercayai cuba merakam gambar bawah skirt isterinya dalam kejadian yang berlaku di stesen Mass Rapid Transit (MRT) Taman Pertama, Cheras

Menerusi satu hantaran di TikTok milik pengguna @Shuqi97, wanita terbabit berkongsi pengalaman buruknya ketika membawa anaknya menaiki MRT bersama-sama suaminya.

Walau bagaimanapun, hasrat si isteri membawa anak mereka menaiki MRT bertukar menjadi detik hitam apabila seorang pemuda didakwa cuba merakam gambar bawah skirt dirinya ketika kejadian.

SAYS.com
Image via @shuqi97 (TikTok)

"Cuma nak bawa anak naik MRT je, tetapi dia pula ambil gambar bawah skirt saya," tulisnya bersama video tersebut.

Video berkenaan turut memaparkan suaminya berjaya menangkap lelaki terbabit selepas menyedari perbuatan jijik itu.

Suspek cuba berdalih kononnya hanya mahu merakam pemandangan sekeliling bukannya seperti yang didakwa

Namun, semakan rakaman video pada telefon pintar milik pemuda berkenaan dan televisyen litar tertutup (CCTV) membuktikan sebaliknya.

SAYS.com
Image via @shuqi97 (TikTok)

Dalam pada itu, suami wanita berkenaan segera memanggil pegawai polis yang bertugas sebelum pasangan itu membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram, marah dan mengecam tindakan tidak bermoral lelaki tersebut.

Hal ini kerana belum sempat reda lagi tentang kes yang lebih kurang sama berlaku di Bukit Bintang sebelum ini, timbul pula kes rekod video bawah skirt pula di MRT.

Tonton video penuh kejadian itu di bawah:

@shuqi97

👶 Cuma nak bawa baby naik MRT je… Tapi dia pula ambil gambar bawah skirt saya 📸😱 Memang kena hati-hati betul sekarang ni. #tamanpertama #kl #mrt

♬ original sound – 90's co – 90's co

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: