Pempengaruh Luah Rasa Kecewa Didakwa Ditertawakan Jemaah Ketika Solat Di Masjid
Janganlah judge orang, niat dia baik nak solat dekat masjid.
Cover image via @theciksu (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pempengaruh media sosial meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menjadi bahan tawa dan dipandang pelik oleh segelintir jemaah ketika menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid
Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh yang dikenali sebagai Cik Su menceritakan pengalaman tidak menyenangkan itu sambil mengakui dirinya pada awalnya berasa bimbang untuk ke masjid kerana penampilannya yang berambut panjang.
Menurut Cik Su, perasaan takut untuk dihakimi menyebabkan dia hampir membuat keputusan untuk menunaikan solat di rumah. Namun, dorongan seorang rakan membuatkan dia tetap melangkah ke masjid dengan niat semata-mata untuk beribadah.
"Mula-mula saya fikir nak solat di rumah sebab takut kena judge dengan jemaah masjid. Tapi kawan saya paksa juga dan niat saya cuma nak solat," katanya.
Tambahnya, bagi mengelakkan rasa tidak selesa, dia memilih untuk bersolat berhampiran pintu masuk supaya dapat segera beredar selepas selesai.

Namun, ketika berada di dalam masjid, Cik Su mendakwa dia menyedari beberapa jemaah memandangnya dengan cara yang membuatkan dirinya berasa diperkecilkan
"Bila masuk, saya nampak beberapa orang berjubah. Lepas rakaat kedua, ada pakcik-pakcik lalu dan ketawakan saya. Masa tahiyat akhir pula, ada seorang pakcik tercegat tengok saya. Bila solat, kita boleh nampak dengan anak mata siapa yang sedang memandang," katanya lagi.
Menurut Cik Su, pengalaman tersebut memberi kesan emosi yang mendalam dan membuatkan individu sepertinya berasa seolah-olah tidak layak untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sehubungan itu, dia menitipkan pesanan kepada jemaah masjid agar lebih menjaga adab dan pandangan, khususnya terhadap mereka yang sedang berusaha mendekatkan diri kepada agama.
"Bila orang nak pergi masjid, jangan buat macam itu. Kita rasa tak selamat," katanya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata sokongan dan menyokong Cik Su supaya terus istiqamah serta tidak mempedulikan pandangan negatif segelintir pihak.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



