Pempengaruh Dikecam Netizen, Baru Beli Kereta EV Tapi Buang Plastik Keluar Tingkap
Difahamkan, pempengaruh itu sudah pun menjelaskan situasi sebenar.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang pempengaruh yang baru sahaja membeli kenderaan elektrik (EV) mengundang kecaman ramai selepas video memaparkan dirinya membuang plastik ke luar tingkap tular di media sosial
Menerusi rakaman di TikTok, wanita itu dilihat membuka plastik pembalut daripada bahagian dalaman kenderaan sebelum secara spontan mencampakkannya keluar dari tingkap kereta yang sedang berhenti di tepi jalan.
Aksi tersebut dirakam dan dimuat naik sendiri sehingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

Susulan tularnya video tersebut, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap sikap berkenaan yang disifatkan tidak mencerminkan tanggungjawab terhadap alam sekitar
Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beretika dan memalukan, apatah lagi dilakukan oleh individu yang mempunyai pengikut ramai di media sosial.
Isu berkenaan turut membuka perbincangan lebih luas mengenai kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan berpengaruh yang sering menjadi contoh kepada pengikut mereka.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berkenaan sudah memberi respon mengenai isu tersebut.
"Jangan risau guys sampah dah kutip balik," tulisnya.


