Pemilik Restoran Kongsi Keajaiban Doa & Solat Hajat – “Dulu Lengang, Kini Penuh Dengan Pelanggan”
Alhamdulillah, semoga bisnes semakin maju sis!
Cover image via @menadia_rez (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rezeki datang daripada Allah SWT, dan kadang-kadang ia datang dengan cara yang sangat tak disangka-sangka
Baru-baru ini, seorang pemilik restoran menarik perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati apabila kedainya yang tiba-tiba lengang, kembali dipenuhi pelanggan selepas berdoa dan melakukan solat hajat.
Perkongsian video di Threads oleh @menadia_rez menunjukkan suasana kedai yang sebelum ini suram, berubah menjadi meriah dengan kehadiran ramai pelanggan yang datang 'entah dari mana'.

"The power of doa dan solat hajat. Kedai saya yang tiba-tiba sale drop pagi kurang customer kini penuh semula dengan orang-orang yang tak tahu dari mana Allah hadirkan. Terima kasih mak abah mertua yg selalu doa dan solat hajat sama. Syukur Allah," tulisnya.
Lebih menyentuh hati, dia turut berterima kasih kepada ibu bapa mentuanya yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan bisnes mereka
Katanya lagi, ini semua bukti bahawa rezeki adalah milik Allah SWT sepenuhnya.
"Apa yg saya belajar Allah yg mengerakkan hati manusia, rezeki semua dari Allah. Dia nk beri sekejap sahaja. Dia nak tarik juga dalam sekelip mata pun boleh," katanya.

Lihat ciapan penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



