Pemilik Restoran Dedah ‘Influencer’ Cuba Elak Bayar Bil RM53 Dengan Alasan Nak Buat Video Review
Amboi, senangnya mengaku influencer sebab tak nak bayar.
Cover image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjadi pempengaruh bukanlah satu kesalahan, namun ada segelintir individu yang mengambil kesempatan atas gelaran itu demi mendapatkan layanan istimewa termasuk makanan percuma
Seperti apa yang terjadi baru-baru ini apabila seorang pemilik restoran nasi kandar terkenal mendedahkan pengalaman berdepan dengan individu yang mendakwa dirinya seorang influencer dan cuba mendapatkan hidangan percuma di restorannya.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, pemilik restoran itu berkata individu tersebut datang bersama keluarga dan berulang kali menegaskan bahawa dia seorang influencer dengan jumlah pengikut yang ramai, kononnya mampu memberikan publisiti kepada restoran berkenaan.

"Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan beliau datang kepada saya kata 'saya influencer'. Saya pun kata ok. Lalu beliau pun tunjuk TikTok acc beliau di mana beliau mempunyai follower dalam 40K.
"Lepas itu beliau kata tak perlu bayar kan. Beliau kata akan ambil video NKS. Saya kata perlu bayar. Nak ambil video itu ikut suka beliau sahaja. Saya tidak menghalang. Tetapi perlu bayar. Sebab bukan saya jemput beliau," dedahnya.
Namun, pemilik restoran tersebut menolak permintaan itu dengan tegas
"Jadi influencer bukan bermaksud tak perlu bayar. Kalau 10 orang buat macam beliau habislah mamu akan bankrap terus hahahah. Sebab yang ini pun sudah RM53.
"Lepas beliau sudah makan ketika nak bayar beliau masih kata lagi 'saya influencer', beliau nak saya bagi free walaupun pada awal saya sudah beritahu yang perlu bayar," katanya lagi.
Posting itu menarik perhatian ramai di media sosial, dan rata-rata netizen menyokong tindakan tegas pemilik restoran berkenaan. Ramai yang berpendapat seseorang influencer sepatutnya menjaga etika dan hanya membuat ulasan apabila dijemput atau atas inisiatif sendiri, bukan dengan meminta makanan percuma.
Ada juga yang mempersoalkan kredibiliti individu yang menggunakan gelaran influencer untuk mendapatkan manfaat peribadi, terutama apabila pengaruh dan pengikut mereka tidak begitu besar.
Dalam masa sama, ramai memuji sikap profesional pemilik restoran itu yang tidak tunduk pada tekanan dan terus mempertahankan prinsip perniagaannya.



Lihat posting di bawah:



