Pemilik Homestay Kesal Sikap Tetamu Tak Bertanggungjawab – “Singki Tersumbat, Dapur Bersepah”
Pengotornya!
Cover image via @ekinyayang (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang pemilik homestay di Cameron Highlands meluahkan rasa kecewa apabila unit inap desa miliknya ditinggalkan dalam keadaan sangat kotor selepas disewa tetamu
Luahan itu dikongsikan oleh wanita bernama Ekin di laman Threads, di mana dia turut memuat naik beberapa foto yang menunjukkan keadaan homestaynya di Tanah Rata, Cameron Highlands.
"Kisah sedih. Guest tinggalkan homestay macam ni. Adoi," tulisnya.


Singki tersumbat, sarung bantal dan selimut jadi kain lap
Antara yang mencuri perhatian ialah keadaan singki yang bertakung penuh dengan sisa makanan, termasuk plastik dan buah strawberi yang dibuang begitu sahaja.
Lebih mengejutkan, Ekin mendakwa sarung bantal serta selimut yang disediakan untuk tetamu telah digunakan sebagai kain lap dapur.
Selain itu, lantai dapur juga dipenuhi kesan kotoran, manakala pinggan mangkuk kotor dibiarkan berselerak di atas meja makan tanpa dibasuh.


Netizen turut simpati, anggap sikap tetamu tidak bertanggungjawab
Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemilik homestay berkenaan.
Ramai juga berpendapat bahawa sebagai tetamu, seseorang perlu menjaga kebersihan tempat penginapan walaupun ia bukan milik sendiri.



Lihat ciapan penuh di bawah:
View on Threads


