Pembeli Kecewa Beli Tart Nenas Harga Kayangan Tapi Lain Pula Jadinya – “Nampak Penuh Rupanya Kosong”
Tak boleh susun macam itu patutnya, boleh buat pembeli keliru.
Cover image via Zaliha Liha (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Indah khabar dari rupa, itulah perumpamaan paling tepat menggambarkan situasi yang dilalui seorang wanita selepas membeli sebalang tart nenas yang disangka penuh, tetapi lain pula jadinya
Menerusi satu video tular di media sosial, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa apabila mendapati kuih raya yang dibeli anaknya itu hanyalah cantik di luar, namun mengecewakan sebaik sahaja balang dibuka.
Menurutnya, pembelian dibuat kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk menyediakan kuih raya sendiri seperti kebiasaan menjelang Aidilfitri.

Apa yang mengejutkan adalah susunan tart nenas dalam balang tersebut tidak seperti yang disangka
Dari luar, ia kelihatan padat dan penuh. Tetapi selepas dibuka, ruang tengah balang didapati kosong dan diisi dengan gulungan kertas pastri, manakala tart nenas hanya disusun mengelilingi bahagian tepi.
Lebih membuatkan ramai panas hati apabila harga yang dibayar mencecah RM45, jumlah yang dianggap tidak setimpal dengan kuantiti sebenar yang diterima.
"Dari luar nampak penuh, tapi bila buka memang menghampakan. Harga kayangan," tulisnya.


Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata bersimpati dan menganggap kaedah susunan seperti itu mengelirukan pembeli
Malah, ada yang mempersoalkan ketiadaan label jelas mengenai jumlah sebenar kuih dalam balang, sekali gus menimbulkan isu ketelusan dalam jual beli.
Dalam masa sama, seorang individu dipercayai anak kepada pemilik asal tart nenas tersebut tampil memberikan penjelasan.
Menurutnya, harga sebenar tart nenas berkenaan hanyalah RM28 sebalang dan produk tersebut dibeli daripada pihak reseller yang berkemungkinan menaikkan harga.
Tambahnya lagi, susunan dalam balang sememangnya dibuat sedemikian dan mengandungi sekitar 50 biji tart nenas.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



