Pembayaran STR Fasa 3 Akan Mula Disalurkan Ke Akaun Bank Penerima Mulai 12 Ogos Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 8.6 juta rakyat Malaysia akan menerima bayaran sehingga RM650 menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan mula disalurkan esok, 12 Ogos 2025

Menurut hantaran Kementerian Kewangan di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan RM2 bilion sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Beliau memaklumkan bahawa jumlah penerima Fasa 3 meningkat seramai 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari lalu, hasil pembukaan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun.

"Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan Madani tidak mengambil enteng amanah untuk meningkatkan maslahat rakyat agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara," katanya.

SAYS.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Sinar Harian

Suntikan untuk kebebasan kewangan

PMX yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, STR berfungsi sebagai suntikan kewangan bagi membantu penerima mencapai kebebasan kewangan dan kesaksamaan yang diimpikan melalui Ekonomi Madani.

Pembayaran STR Fasa 3 akan diberikan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang telah berdaftar dalam pangkalan data STR. Ia akan disalurkan secara pengkreditan ke akaun bank atau tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan baharu bagi membolehkan proses verifikasi dimuktamadkan.

Status kelayakan STR boleh disemak di portal rasmi STR melalui pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Kementerian Kewangan turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pautan tidak sahih yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat berkaitan STR.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Kementerian Kewangan (Facebook)
SAYS.com
Image via Kementerian Kewangan (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: