Pemandu Wanita Langgar 3 Motosikal & Mengamuk Dengan Pisau Kini Ditahan Polis

Tiga motosikal mengalami kerosakan akibat dirempuh suspek dalam insiden tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis menahan seorang wanita warga asing berusia 24 tahun yang disyaki memandu secara berbahaya sehingga merempuh tiga penunggang motosikal

Difahamkan, wanita itu bertindak menyerang orang awam menggunakan pisau berhampiran sebuah pusat beli-belah di Kajang, semalam.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 11.58 pagi itu, seramai enam individu dilaporkan cedera selepas diserang secara mengejut oleh suspek.

Serang orang awam dengan membawa pisau selepas melanggarnya

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan tindakan agresif suspek di kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah pusat beli-belah.

Beliau berkata, selepas merempuh beberapa penunggang motosikal, suspek keluar dari kenderaan sebelum menyerang orang awam berdekatan dengan menggunakan sebilah pisau.

"Hasil bantuan daripada orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lain dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Beliau menjelaskan, tiga motosikal mengalami kerosakan akibat dirempuh suspek dalam insiden tersebut.

SAYS.com
Image via TikTok

Susulan penahanan itu, pihak polis akan membuat permohonan reman terhadap wanita berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita keluar dari kenderaan sambil memegang pisau selepas terlibat dalam kemalangan.

Turut kelihatan dalam rakaman, beberapa individu termasuk penunggang motosikal cedera, selain cubaan orang awam untuk menahan suspek.

Lihat video orang awam di bawah:

@rara_yusoff

weiyh dia tiba datang tikam dua cust aku .. allahui ape nie takut weiyh .. dh la tgh keje #metropointkajang #fly

♬ original sound – F/F✨ – F/F✨

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: