Pemandu Pelancong Disaran Kuasai 3 Bahasa Asing Untuk Tarik Lebih Ramai Pelancong – MOTAC

Agensi pelancongan disarankan menyediakan produk dan destinasi baharu yang lebih menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemandu pelancong disarankan untuk menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa asing sebagai usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta mutu layanan kepada pelancong antarabangsa

Menerusi laporan Sinar Harian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata pihaknya menerima beberapa aduan daripada pelancong luar negara yang meluahkan rasa kecewa terhadap tahap penguasaan bahasa dalam kalangan pemandu pelancong tempatan.

"Sebelum ini kita terima aduan daripada pelancong luar yang mengatakan bahawa mereka kecewa dengan pemandu pelancong kita kerana tidak memberi penerangan secara jelas dalam sesi lawatan diadakan, sekadar 'touch and go' sahaja.

"Kalau kita sebagai pelancong pun kita akan kecewa kerana kita telah bayar pakej yang disediakan dan disebabkan itulah kita melihat keperluan untuk pemandu pelancong kita menguasai bahasa asing lain," katanya.

SAYS.com

Tiong King Sing(empat dari kanan) dan Nicole bersama maskot rasmi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Image via Sinar Harian

Tidak menetapkan pemilihan bahasa asing, kos pembelajaran akan ditanggung

Bagaimanapun, katanya, MOTAC tidak menetapkan bahasa asing tertentu untuk dipelajari, sebaliknya memberi kebebasan kepada pemandu pelancong memilih bahasa yang diminati.

Tambah beliau, kos pembelajaran akan ditanggung oleh MOTAC dengan kerjasama syarikat agensi pelancongan.

"Kita bukan suruh mereka belajar sampai ijazah, tapi sekurang-kurangnya boleh bercakap dan faham bahasa itu," katanya.

Jelasnya lagi, setakat Jun ini, MOTAC telah merekodkan seramai 9,386 pemandu pelancong berdaftar di seluruh negara.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Dalam pada itu, beliau turut menggesa syarikat agensi pelancongan agar menampilkan produk serta destinasi baharu yang lebih segar dan menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Hal ini, ujarnya, berikutan terdapat segelintir agensi masih mengekalkan pakej pelancongan lama tanpa sebarang pembaharuan walaupun telah digunakan lebih sedekad.

"Mereka perlu membuat pakej dan produk baharu yang lebih menarik dan kreatif untuk menarik pelancong.

"Syarikat pelancongan juga perlu sama-sama memainkan peranan mempromosikan produk yang ada di negara ini dan bukan hanya mengharapkan kementerian saja," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: