Pemandu E-Hailing Bawah 2,000KM Sebulan Tidak Layak Terima Kuota Tambahan BUDI95

Kerajaan meningkatkan kuota subsidi RON95 bagi pemandu e-hailing aktif daripada 600 liter kepada 800 liter sebulan melalui program BUDI95.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemandu e-hailing diwajibkan mencatatkan jarak perjalanan minimum 2,000 kilometer (km) sebulan bagi melayakkan mereka menerima kuota tambahan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk bulan seterusnya

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan bahawa sistem kelayakan ini berfungsi secara automatik.

Rekod perjalanan bulanan yang tersimpan dalam sistem Syarikat Pengendali E-hailing (EHO) bagi bulan sebelumnya akan menjadi pengukur utama sama ada pemandu layak melepasi siling kelayakan untuk bantuan tersebut atau sebaliknya.

Beliau berkata untuk kategori pertama jarak perjalanan e-hailing tidak melebihi 2,000km pada bulan sebelumnya akan kekal menerima kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan.

"Kedua, jarak perjalanan e-hailing antara 2,000km ke 5,000km pada bulan sebelumnya layak menerima tambahan BUDI95 sebanyak 300 liter, menjadikan kelayakan kumpulan ini berjumlah 600 liter, termasuk kelayakan asas.

"Ketiga, jarak perjalanan e-hailing 5,000km ke atas pada bulan sebelumnya layak menerima tambahan sebanyak 500 liter, menjadikan kelayakan kumpulan ini berjumlah 800 liter," katanya menjawab soalan Senator Dr RA Lingeshwaran pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Pemandu dan EHO bakal berdepan penguatkuasaan sekiranya mengemukakan data tidak benar

Beliau juga mengeluarkan peringatan tegas bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu atau Syarikat Pengendali E-hailing (EHO) yang mengemukakan maklumat palsu.

Penalti tersebut terpakai bagi sebarang data yang didapati meragukan atau bercanggah dengan rekod rasmi sistem.

"Pendekatan berasaskan data perjalanan sebenar ini secara langsung menutup ruang ketirisan kepada pemandu tidak aktif, pemandu sambilan minimum atau akaun yang disalah guna, di samping memastikan subsidi hanya disalurkan kepada pemandu yang benar-benar bergantung kepada e-hailing sebagai sumber pendapatan utama.

"Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan secara corak penggunaan perkhidmatan e-hailing dari semasa ke semasa dan penambahbaikan akan dibuat sekiranya perlu bagi memastikan mekanisme BUDI95 kekal berkesan, bersasar dan mampan pada jangka panjang," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mendedahkan bahawa setakat Disember ini, seramai 106,000 pemandu e-hailing (kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan 164,000 pemandu) telah disahkan layak menerima bantuan BUDI95.

Kumpulan yang layak ini bakal menikmati siling bantuan antara 600 hingga 800 liter.

"Dalam hal ini, jarak perjalanan bulanan setiap pemandu e-hailing akan ditentukan berdasarkan penggabungan data perjalanan dari semua EHO dan pengesahan data itu dikendalikan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

"Hanya pemandu warganegara mempunyai lesen memandu 'passenger service vehicle' (PSV) dan permit e-hailing yang sah akan dipertimbangkan. Bagi mengelak ketirisan subsidi kepada pemandu tidak aktif dan tak sah, EHO diwajibkan mengumumkan rekod perjalanan bulanan yang tepat, lengkap dan sahih pada awal setiap bulan kepada APAD dan LPKP," katanya.

Kerajaan secara rasmi meningkatkan had kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 khusus untuk pemandu e-hailing yang aktif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kuota tersebut kini dinaikkan kepada 800 liter sebulan, berbanding had 600 liter yang ditetapkan sebelum ini.

Penambahbaikan ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menyokong kebajikan golongan pemandu yang bergantung sepenuhnya kepada sektor e-hailing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: