Pemandu E-Hailing Aktif Pandu Lebih 8,000KM Sebulan Kini Layak Terima 800 Liter RON95

Kerajaan memperkenalkan skim kelayakan berperingkat BUDI95 untuk pemandu e-hailing.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan kini memperkenalkan skim kelayakan berperingkat khusus bagi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) untuk pemandu e-hailing

Ia sebagai sebahagian usaha memperkukuh pelaksanaan subsidi bersasar di negara ini.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MoF), skim ini akan mula diaktifkan pada pertengahan setiap bulan, membolehkan pemandu e-hailing yang layak menerima manfaat secara lebih tersusun dan telus.

Dalam kenyataan itu, kadar siling bulanan di bawah program BUDI95 kini ditentukan berdasarkan jumlah jarak perjalanan yang dilakukan pemandu e-hailing.

"Bagi pemandu e-hailing yang memandu kurang daripada 2,000 kilometer, mereka layak menerima 300 liter seperti sedia ada.

"Pemandu yang memandu antara 2,000 hingga 5,000 kilometer pula menerima tambahan 300 liter menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter. Manakala, mereka yang melebihi 8,000 kilometer layak memperoleh 800 liter sebulan iaitu tambahan 500 liter," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Penentuan jarak perjalanan pemandu e-hailing dibuat berdasarkan jumlah data yang direkodkan oleh semua syarikat e-hailing (EHO)

Dalam penjelasan lanjut, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa penentuan jarak perjalanan pemandu e-hailing akan dibuat berdasarkan jumlah data perjalanan yang direkodkan oleh semua Syarikat Pengendali E-Hailing (EHO).

Proses pengesahan dan pengurusan data tersebut turut akan dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

"Sebagai contoh, Encik Danial memandu 1,500 kilometer dengan EHO A dan 600 kilometer dengan EHO B, maka jumlah jarak perjalanan adalah sebanyak 2,100 kilometer. Encik Danial layak menerima tambahan kelayakan BUDI95 sebanyak 300 liter," kata kementerian itu.

MoF turut menegaskan keperluan ketepatan dan ketelusan dalam rekod data, dengan setiap EHO diwajibkan mengemukakan rekod perjalanan bulanan pemandu secara tepat, sahih dan lengkap kepada APAD serta LPKP Sabah dan Sarawak pada setiap awal bulan.

"Nilai ambang jarak perjalanan baharu ini ditetapkan berdasarkan kajian MoF terhadap data perjalanan e-hailing yang dikemukakan oleh EHO serta data penggunaan sebenar BUDI95 oleh pemandu e-hailing pada September 2025.

"Penurunan nilai ambang kelayakan asal daripada 3,000 kepada 2,000 kilometer serta pengenalan peringkat baharu melebihi 5,000 kilometer dibuat setelah mengambil kira pergerakan tanpa penumpang yang tidak direkodkan dalam aplikasi EHO," tambah MoF.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Tambah MoF, penyesuaian ini dilaksanakan bagi memastikan jumlah kelayakan BUDI95 di setiap peringkat mencukupi untuk menampung keperluan perjalanan harian majoriti pemandu e-hailing, sekali gus meningkatkan keberkesanan subsidi bersasar.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut memperkenalkan penambahbaikan bagi membolehkan syarikat pengendali teksi lapangan terbang memohon fleet card di bawah Skim Kawalan Petrol dan Diesel Bersubsidi (SKPS) yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pelaksanaan ini selari dengan mekanisme sedia ada bagi teksi dan kereta sewa yang layak menerima sehingga 800 liter petrol RON95 bersubsidi setiap bulan.

"Namun demikian, limousin yang beroperasi di lapangan terbang dan tidak dikawal selia kadar tambangnya oleh APAD tidak layak untuk memohon fleet card di bawah SKPS," katanya.

SAYS.com
Image via Kementerian Kewangan (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: