Pemandu Bas Tadika Terlelap Langgar Pokok Ketika Memandu Dijel 7 Hari & Didenda RM8,000

Difahamkan, tertuduh turut mengaku terlelap sewaktu kejadian kerana kepenatan dan tidak cukup tidur.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes pemandu bas yang membawa 30 murid tadika dan lima guru terbabas di UPM akhirnya sampai ke pengakhiran di mahkamah hari ini

Menurut laporan Kosmo!, lelaki berusia 44 tahun itu yang bernama Mohamad Hamir Masruddin, dijatuhi hukuman penjara 7 hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Serdang selepas mengaku bersalah memandu secara berbahaya.

Difahamkan, tertuduh mengaku terlelap sewaktu kejadian kerana kepenatan dan tidak cukup tidur.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Difahamkan, tiga kanak-kanak dan seorang guru mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala akibat terhantuk selepas kemalangan terbabit

Dalam insiden yang berlaku pada 2 Ogos lalu kira-kira jam 12.18 tengah hari di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM), bas yang membawa murid-murid Tadika PASTI Ampang dan guru mereka hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

Semasa prosiding di mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana hanya bekerja secara sambilan dan menanggung keluarga termasuk ibunya yang sedang sakit di kampung.

"Saya cuma pekerja sambilan, kalau ada kerja baru dapat gaji. Ibu saya pula sakit di kampung," katanya.

SAYS.com
Image via United Daily

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd. Rozi, memohon agar mahkamah memberikan hukuman setimpal memandangkan kecuaian tertuduh telah mengakibatkan kecederaan kepada murid dan guru.

Selain hukuman penjara dan denda, mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Mohamad Hamir digantung selama lima tahun. Jika gagal bayar denda RM8,000, dia boleh dikenakan penjara tambahan selama tujuh bulan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: