Pemandu Bas Dipercayai Terlelap Punca Bas Bawa 30 Murid PASTI & 5 Guru Terbabas Langgar Pokok
Difahamkan, pemandu bas itu telah direman bagi membantu siasatan.
Cover image via Sinar HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keletihan dan kurang tidur dipercayai menjadi punca utama kemalangan membabitkan sebuah bas di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2 Ogos lalu
Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan bahawa pemandu bas berusia 44 tahun itu telah direman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
"Semakan rekod mendapati pemandu terbabit mempunyai 13 saman trafik di atas namanya manakala, ujian dijalankan mendapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
"Hasil siasatan dipercayai kemalangan berpunca daripada pemandu yang terlelap akibat kepenatan dan tidak cukup tidur," katanya dalam kenyataan.

Bas dalam perjalanan ke sebuah kilang coklat
Terdahulu, media melaporkan, seorang guru dan tiga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang cedera selepas bas dinaiki melanggar pokok di Jalan Persiaran Universiti 1, UPM.
Kejadian jam 12.18 tengah hari itu berlaku ketika bas dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa lima guru pengiring dan 30 murid sedang dalam perjalanan dari arah sebuah kilang coklat menuju ke G2G Animal Garden MAEPS.
Turut tular di media sosial satu klip video dashcam memaparkan kemalangan berkenaan.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



