Pelancong Thailand Kena Paw Lebih RM800 Dengan Jurugambar Scammer KLCC
Difahamkan, jumlah keseluruhan yang dikenakan adalah sebanyak RM860 untuk 43 keping gambar.
Cover image via @rizalhakimm_punyer (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Niat asal nak bercuti dan simpan kenangan bergambar di mercu tanda ikonik negara, KLCC
Tetapi lain pula jadinya bila pelancong dari Thailand ini hampir menjadi mangsa scam jurugambar tak bertauliah
Menerusi sebuah ciapan tular di laman Threads, satu insiden membabitkan sekumpulan pelancong dari Thailand nyaris terkena 'paw' oleh jurugambar tidak rasmi di sekitar KLCC.
Menurut sumber, pada awalnya jurugambar itu memberitahu harga yang dikenakan adalah RM20 seorang. Tetapi lepas sesi bergambar, mereka mengambil gambar banyak-banyak dan dicaj RM20 untuk setiap gambar.


Namun, mujur pelancong itu sedar dan enggan bayar
Bila dikira semula, jumlah keseluruhan yang dikenakan adalah sebanyak RM860 untuk 43 keping gambar.
"Pelik kenapa DBKL dan polis tak buat apa-apa padahal bukannya orang Malaysia pun. Dengar diaorang bercakap pun dah tahu kat KLCC ramai dan satu lagi kat Saloma Bridge," katanya.
Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



