Pelancong Teruja Kunjungi Sephora Terbesar Dunia, Ramai Tak Sangka Rupanya Di Malaysia!
Siapa dekat sini baru tahu?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang pelancong asing berkongsi rasa terujanya dapat mengunjungi rangkaian kedai kecantikan terkenal dunia iaitu Sephora yang katanya merupakan cawangan terbesar di dunia
Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok @habitualolivia, wanita itu dilihat berada di tengah-tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk melawat Sephora yang dikatakan sebagai 'syurga kecantikan' bagi ramai wanita di seluruh dunia.
"A girl's perfect playground," tulisnya di kapsyen.


Namun yang lebih menarik, ramai rakyat Malaysia sendiri baru tahu bahawa Sephora terbesar di dunia sebenarnya berada di negara kita sendiri.

Sephora Fahrenheit88 diiktiraf paling besar di dunia
Untuk yang belum tahu, Sephora Fahrenheit88, Kuala Lumpur telah dibuka pada Januari 2020 dan diiktiraf sebagai gedung Sephora terbesar di dunia ketika itu.
Dengan keluasan lebih 17,000 kaki persegi dan dua tingkat penuh dengan barangan kecantikan, ia mengatasi cawangan Sephora lain di bandar-bandar besar seperti New York dan Paris.
Reka bentuknya juga sangat moden dan futuristik, di mana ia direka khas sebagai 'The Largest Beauty Playground' untuk memberi pengalaman membeli-belah yang luar biasa kepada para pengunjung.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 