Pelancong Terkejut Tengok R&R Malaysia, Siap Puji Terbaik! – “Tak Jumpa Macam Ni Di Amerika”

Kita patut bersyukur tinggal di Malaysia tau!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau orang Malaysia sendiri kadang-kadang terlepas pandang benda best yang kita ada, kali ini seorang pelancong dari luar negara pula yang mind blown dengan kemudahan R&R di Malaysia

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Terry Pernell berkongsi pengalaman pertamanya singgah di salah satu Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur.

Dalam video yang tular di media sosial, Terry kelihatan sangat kagum melihat suasana R&R yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

SAYS.com
Image via @terrypernell (Instagram)

Akui tidak pernah jumpa R&R selesa dan cantik seperti itu di Amerika

"Saya perlu sebut perkara ini, saya belum pernah menemukan kawasan rehat sebesar ini ketika berada di Amerika," kata Terry penuh teruja.

"Ini sangat menakjubkan. Anda sebagai rakyat Malaysia mempunyai banyak sebab untuk berasa gembira.

"Saya sudah mengunjungi banyak tempat serta negara dan ini merupakan yang terbaik. Percaya cakap saya,"
katanya.

SAYS.com
Image via @terrypernell (Instagram)
SAYS.com
Image via @terrypernell (Instagram)
SAYS.com
Image via @terrypernell (Instagram)

Netizen terus promote R&R popular di Malaysia

Selepas mendengar pujian tersebut, ramai netizen tidak melepaskan peluang untuk berkongsi cadangan destinasi R&R lain yang wajib dikunjungi oleh Terry.

Antara yang paling popular ialah R&R Seremban dan R&R Sungai Buloh, yang terkenal dengan pilihan makanan yang pelbagai dan suasana yang meriah.

Lihat video di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via