Pelancong Taiwan Sanggup Buat Research Dulu Demi Nak Rasa Nasi Kandar Paling ‘Surrr’ Di Penang
Siapa je tak suka nasi kandar kan?

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebut saja nasi kandar, memang confirm jadi bucket list pelancong bila datang ke Malaysia
Terutama sekali di Pulau Pinang. Mana taknya, kuah campur dengan lauk padu memang lain macam sedapnya!
Baru-baru ni, tular di laman X beberapa keping gambar dua pelancong dari Taiwan yang dilihat seronok menikmati hidangan nasi kandar di sebuah restoran popular di Penang.
Tetapi yang buat ramai kagum, mereka siap bawa nota khas berisi kombinasi nasi kandar paling 'surrr' hasil study sebelum datang.

Dalam kertas itu, tertera lengkap menu idaman mereka
Mereka memesan nasi kandar kuah campur bersama peha ayam goreng, sotong & telur sotong, bendi dan juga telur masin.
Selepas hidangan sampai, muka mereka jelas kelihatan teruja kerana berjaya rasa nasi kandar paling 'surrr' di Malaysia.

Lihat ciapan di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



