Pelancong Jepun Kagum Dengan Lorong Kecil Yang Ada Di Malaysia, Siap Puji Rekaan Unik
Difahamkan, beberapa lorong kecil perumahan dan kedai antara menjadi tumpuan minatnya.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negara memiliki identiti estetik yang tersendiri, menjadikannya unik serta berbeza antara satu sama lain
Elemen ini bukan sahaja membentuk karakter sesuatu tempat, malah turut mencerminkan budaya serta gaya hidup masyarakat setempat.
Baru-baru ini, seorang pelancong dari Jepun yang menetap di Malaysia telah menarik perhatian warganet apabila berkongsi pengalamannya di platform Threads.

Terpegun dengan lorong di Malaysia
Difahamkan, pelancong Jepun itu menyatakan rasa kagum terhadap rekaan lorong-lorong kecil di negara ini.
"Netizen, saya amat menyukai rekaan jalan dan lorong di Malaysia," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Dalam perkongsian itu, dia turut melampirkan beberapa keping gambar yang menampilkan lorong sempit di celah kawasan perumahan serta deretan kedai komersial, yang menurut pandangannya mempunyai nilai estetika tersendiri.
Ciri-ciri seperti reka bentuk simetri, gabungan pelbagai tekstur, serta suasana tropika yang berkabus halus menjadikan pemandangan itu unik dan berbeza daripada negaranya sendiri.


Walaupun ada netizen yang mempersoalkan minat tersebut dengan merujuk kepada keadaan lorong yang tidak begitu bersih, pelancong berkenaan menjelaskan bahawa beliau menghargai kedalaman visual (depth) serta suasana khas yang hanya boleh dirasai di kawasan tropika.
Meskipun sebahagian pengguna tempatan berpendapat bahawa lorong-lorong di Jepun lebih teratur dan bersih, dia tetap menegaskan bahawa reka bentuk di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang wajar dihargai.
Dalam hantaran terbaharu, pelancong itu turut menyatakan rasa teruja apabila ramai warga tempatan berjaya meneka dengan tepat lokasi gambar yang dikongsinya, iaitu di kawasan USJ.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



