Pelancong Eropah Puji Inisiatif Airport Langkawi Sediakan Payung Masa Hujan Lebat

Terbaiklah servis airport LGK!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @margitdob (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini apabila seorang pelancong dari Eropah berkongsi pengalaman uniknya semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)

Menerusi video berdurasi 45 saat yang dikongsi oleh @margitdob, kelihatan para penumpang penerbangan AirAsia sedang berjalan menuju ke pesawat ketika hujan lebat.

Bagi memastikan keselesaan penumpang, pihak lapangan terbang menyediakan payung kepada setiap individu yang perlu melalui kawasan terbuka menuju ke tangga pesawat.

Menurut pelancong tersebut, inisiatif seperti itu jarang atau hampir tidak pernah dilihat di lapangan terbang Eropah.

"We all got umbrellas, no one cares about passengers like that in Europe. I will miss you Malaysia," tulisnya.

Petugas Ground Team Red (GTR) turut dilihat memegang payung untuk melindungi penumpang ketika mereka menaiki tangga pesawat, menunjukkan komitmen tinggi terhadap keselamatan dan keselesaan penumpang

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai rakyat Malaysia memaklumkan bahawa layanan seperti itu sebenarnya sudah lama diamalkan di lapangan terbang.

Inisiatif berkenaan sekali lagi membuktikan bahawa layanan mesra dan perhatian terhadap keperluan penumpang menjadi antara kekuatan utama lapangan terbang di Malaysia, sehingga mampu mencuri perhatian dan pujian pelancong antarabangsa.

Lihat video itu di bawah:

@margitdob

We all got umbrellas, no one cares about passengers like that in Europe. I will miss you Malaysia 🇲🇾 travel#podroze#malezja#asia#world

♬ original sound – TravelandbehappyMM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via