Pelancong Asing Yang Tiba Di Indonesia Kini Wajib Daftar Melalui Aplikasi ‘All Indonesia’

Ia termasuk urusan imigresen, kastam, kesihatan, dan kuarantin dalam satu borang digital yang lebih ringkas.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 1 September, semua penumpang penerbangan antarabangsa yang mahu masuk ke Indonesia diwajibkan melengkapkan pengisytiharan ketibaan secara digital melalui aplikasi All Indonesia

Menerusi laporan Bernama, perkara itu diumumkan oleh Direktorat Jeneral Imigresen, lapor agensi berita ANTARA.

Buat masa ini, langkah tersebut hanya dilaksanakan di beberapa pintu masuk utama negara iaitu Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Banten, Lapangan Terbang Juanda di Jawa Timur, Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali, serta Pelabuhan Batam di Kepulauan Riau.

Menurut pihak berkuasa, ini adalah fasa awal sebelum syarat berkenaan diperluas ke semua lapangan terbang, syarikat penerbangan, dan pelabuhan antarabangsa lain di Indonesia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jakarta PostImage via

Bertujuan menyelaraskan proses ke dalam satu borang digital

Pemangku Ketua Pengarah Imigresen, Yuldi Yusman menjelaskan bahawa aplikasi All Indonesia dibangunkan untuk menyelaraskan pelbagai prosedur di pintu masuk negara.

Ia termasuk urusan imigresen, kastam, kesihatan, dan kuarantin dalam satu borang digital yang lebih ringkas.

Menurutnya, penumpang boleh melengkapkan pengisytiharan itu secara percuma sehingga tiga hari sebelum ketibaan.

"Dengan aplikasi ini, proses ketibaan bukan sahaja jadi lebih singkat dan selamat, malah lebih mesra pengguna untuk semua penumpang, termasuk warga emas, kanak-kanak, dan orang kurang upaya (OKU)," katanya.

SAYS.com
Image via Bali Holiday Secrets

Menariknya, aplikasi ini turut mengintegrasikan pengisytiharan kastam elektronik (e-CD), membolehkan saringan kesihatan penyakit berjangkit, serta menyediakan fungsi pelaporan bagi haiwan, ikan, dan produk yang dibawa masuk, sekaligus menyokong pemantauan kuarantin dan keselamatan makanan negara.

Yuldi dalam pada itu menggesa semua pelawat asing dan juga rakyat Indonesia yang pulang ke tanah air untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan.

Ia boleh diakses menerusi laman sesawang allindonesia.imigrasi.go.id atau dimuat turun di Google Play Store dan App Store.

"Aplikasi ini bukan hanya soal kemudahan, tetapi juga perlindungan negara kita. Setiap data yang dihantar membantu menjaga keselamatan, kesihatan, dan integriti sempadan," jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: