Pelancong Asing Terkejut Kebersihan Semporna, Dakwa Antara Bandar Paling Kotor Pernah Lawat

Lelaki itu kelihatan kecewa dengan tahap kebersihan di kawasan berkenaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @backpacker_ben (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sabah, yang terletak di utara Borneo, merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan khazanah eko-pelancongan

Dikenali dengan pantai berpasir putih, pulau tropika yang menakjubkan, gunung-ganang megah seperti Gunung Kinabalu, serta hutan hujan purba yang menjadi habitat flora dan fauna unik, Sabah sememangnya destinasi yang memikat hati pengunjung dari dalam dan luar negara.

Namun begitu, timbul dakwaan daripada seorang pelancong asing yang menyifatkan Semporna, Sabah sebagai antara bandar paling kotor yang pernah dikunjunginya sepanjang perjalanan melancong.

SAYS.com
Image via @backpacker_ben (TikTok)

Kecewa dengan tahap kebersihan yang dilihat

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @backpacker_ben, seorang pelancong asing meluahkan kekecewaannya terhadap tahap kebersihan di Semporna, lokasi yang sering menjadi tumpuan utama pelancong.

"Ini adalah jeti yang pelancong akan mulakan perjalanan mereka. Saya tak mahu bayangkan bagaimana keadaan tempat kita akan pergi nanti. Ini lima tempat terkotor pernah saya pergi," katanya.

Pelancong itu turut menceritakan pengalamannya membawa sebotol minuman kosong selama lebih sejam kerana tidak menemui tong sampah berdekatan, sekali gus enggan membuang sampah merata-rata.

Perkongsian video tersebut mencetuskan perhatian ramai, dengan rata-rata menegaskan keperluan tindakan segera bagi memastikan kawasan pelancongan itu dibersihkan dan imej destinasi terjaga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik