Pelancong Asing Dakwa Nyaris Ditipu Peniaga Seafood Di Semporna, Lobster Ditukar Dengan Udang Kecil

Mesti dah banyak kali diaorang buat macam tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @fantexi812 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial sebuah video dimuat naik oleh seorang pelancong asing yang mendakwa dia dan rakannya hampir menjadi mangsa penipuan sekumpulan peniaga makanan laut di sebuah pasar di Semporna, Sabah

Menurut pelancong berkenaan, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang membeli lobster di pasar tersebut. Dalam video yang dikongsikan di TikTok, dia mendakwa peniaga terbabit pada mulanya enggan menerima wang RM50 yang dihulurkan dengan alasan ia adalah wang palsu.

Peniaga berkenaan kemudian memulangkan semula wang tersebut sambil mengambil kembali bungkusan lobster yang sudah dipilih. Namun, pelancong itu menegaskan bahawa wang tersebut adalah tulen kerana dikeluarkan terus daripada mesin ATM.

SAYS.com
Image via @fantexi812 (TikTok)
SAYS.com
Image via @fantexi812 (TikTok)

Selepas diperiksa semula, kumpulan peniaga terbabit akhirnya mengakui wang itu asli

Tetapi, ketika itulah didakwa berlaku percubaan untuk menukar lobster dalam bungkusan dengan udang bersaiz lebih kecil dipercayai cubaan untuk menipu pembeli.

Pelancong tersebut yang menyedari tindakan mencurigakan itu segera menarik kembali wangnya. Tindakan itu menyebabkan kumpulan peniaga berkenaan dilihat marah dan menengking kerana penipuan mereka sudah terbongkar.

Video berdurasi beberapa minit itu telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial, termasuk rakyat tempatan yang kesal dengan kejadian tersebut. Ramai bimbang insiden seperti itu boleh menjejaskan reputasi industri pelancongan Sabah, khususnya di kawasan tumpuan pelancong seperti Semporna.

SAYS.com
Image via @fantexi812 (TikTok)

Lihat video di bawah:

@fantexi812

I bought seafood in Semporna, Malaysia and was scammed by having it swapped. #malaysia #semporna #travel

♬ 原创音乐 – fantexi812
Image via