Pelaksanaan PT3, UPSR Bakal Dikaji Semula, KPM Nilai Keperluan Semasa

Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dengan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk melakukan kajian mendalam terhadap keperluan mengembalikan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Langkah ini diambil bagi memastikan sebarang perubahan dalam sistem penilaian akademik negara dilakukan berdasarkan penelitian yang menyeluruh dan tepat.

Menerusi laporan Bernama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, segala hasil dapatan dan cadangan daripada majlis berkenaan akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Jemaah Menteri untuk penelitian lanjut.

SAYS.com
Image via Bernama

Keputusan akan diambil kira permintaan sebahagian besar ibu bapa

Menurut beliau, langkah kajian semula tersebut dilaksanakan setelah mengambil kira permintaan sebahagian besar ibu bapa yang mahu agar keberkesanan peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula dalam sistem pendidikan negara.

"Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan," katanya.

Fadhlina menjelaskan bahawa proses kajian berkenaan akan dilaksanakan dengan kadar segera dalam tempoh terdekat ini.

Sebagai rekod, sistem pendidikan negara sebelum ini telah menyaksikan pemansuhan UPSR pada tahun 2021 dan disusuli dengan pemansuhan PT3 pada tahun 2022, di mana kedua-dua peperiksaan besar tersebut telah digantikan sepenuhnya dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: