Pelaksanaan Pemberian Kewarganegaraan Automatik Kuat Kuasa Mulai 1 Jun Ini

Pelaksanaan ini dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kewarganegaraan automatik buat anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dengan pasangan bukan warganegara akan di kuat kuasa

Pelaksanaan ini dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 ini.

Berdasarkan laporan dari Harian Metro, perkembangan ini dikongsikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

"Saya juga nak menyebut bahawa tempoh hari bila kita pinda Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan, hasilnya adalah sekarang ini kita dalam proses memuktamadkan pindaan kaedah-kaedah kewarganegaraan bagi membolehkan nanti sistem dalam talian sebagai sistem pra-pendaftaran boleh diguna pakai dan sebagainya." kata beliau.

Fasa peringkat akhir bagi mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong

Mengenai kewarganegaraan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih dalam proses memuktamadkan pindaan kaedah-kaedah kewarganegaraan bagi membolehkan nanti sistem dalam talian sebagai sistem pra-pendaftaran boleh diguna pakai dan sebagainya.

Kewarganegaraan automatik ini adalah bagi anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Mereka perlu memenuhi semua garis panduan termasuk kaedah-kaedah warganegana yang telah ditetapkan.

SAYS.com
Image via Bernama/New Straits Times

Permohonan juga perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

"Sepanjang 2023, Kementerian Dalam Negeri sasar selesaikan 10,000 kes, namun kami selesaikan 11,711. Tahun 2024, saya letakkan sasaran 17,000, (namun) kita berjaya selesaikan 20,701." tambah beliau lagi.

Tambahan dari beliau, pada tahun 2025, sebanyak 20,032 kes telah diselesaikan dan setakat 31 Disember tahun lepas, baki permohonan tertunggak adalah 3,788.

Kementerian Dalan Negeri kini meletakkan komitmen untuk memaklumkan keputusan permohonan kewarganegaraan sekali dalam setahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: