Pelakon Veteran, Jalil Hamid Disahkan Meninggal Dunia Dalam Tidur Tengah Hari Tadi

Arwah terkenal dengan lakonanya dalam Calon Syurga dan Bisik Pada Langit.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon veteran Jalil Hamid telah disahkan meninggal dunia tengah hari tadi

Menurut laporan dari XTRA, berita sedih ini telah dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil setelah dihubungi oleh XTRA.

Menurut Afiqah, arwah bapanya berada di rumah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12:30 tengah hari tadi, ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21 hari ini.

"Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya lagi.

Arwah Jalil Hamid adalah seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penerbit dan pengacara dan mula menceburi bidang seni di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 1979 dan aktif dalam dunia seni sejak 1980-an lagi.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Genes Gulitah

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah besar di Malaysia seperti Anugerah Skrin 2016 untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama bagi Calon Syurga dan Anugerah Telenovela 2018 Pelakon Lelaki Terbaik Filem bagi Bisik Pada Langit. Beliau juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 dan Anugerah Skrin 2018.

Pemergian Jalil nyata akan memberi kesan besar buat industri seni tempatan kerana arwah adalah antara pelakon senior ayng banyak menyumbang dalam industri hiburan Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: