Pelakon & Penyanyi Era 1980-an, Isma Aliff Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun
Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri hiburan tanah air kehilangan seorang lagi figura seni apabila pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff, atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, disahkan meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor
Menurut laporan Sinar Harian, berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh ahli keluarganya, yang mengesahkan Isma Aliff menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.30 pagi.
"Assalamualaikum. Innalillahiwainnalillahirajiun. Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah," tulis kenyataan.
Adik Allahyarham yang dikenali sebagai Angah turut memaklumkan bahawa Isma Aliff telah lama mengalami masalah kesihatan, namun keadaan kesihatannya dilaporkan merosot sejak seminggu lalu.

Allahyarham yang berusia 62 tahun merupakan antara wajah popular dalam industri hiburan Malaysia pada era 1980-an
Beliau dikenali menerusi pelbagai drama, filem dan program hiburan, selain aktif sebagai pelawak dan pengacara pada zaman kegemilangannya.
Isma Aliff sering digandingkan bersama barisan pelakon komedi terkenal tanah air dan dikenali dengan gaya persembahan bersahaja yang dekat dengan penonton. Sumbangan beliau dalam dunia seni menjadikan namanya antara yang diingati dalam sejarah hiburan tempatan.
Untuk rekod, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang sebelum ini selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru, sehingga memerlukan rawatan rapi dan ditidurkan pada 15 Disember 2023.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 