Pelakon Drama ‘Nur’ & Suami Direman Tiga Hari Atas Tuduhan Kes Tipu Tanah RM1.5 Juta

Difahamkan, bukan seorang sahaja mangsa yang ditipu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon drama 'Nur' dan suaminya dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk direman berkaitan kes penipuan penjualan tanah

Pelakon drama dan suaminya telah dibawa ke mahkamah dan direman bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan tanah kurnia membabitkan kerugian sebanyak RM1.5 juta.

Menurut laporan di Harian Metro, pasangan itu ditahan ditempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat pada dua hari lepas.

"Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih." ini yang dipesan pelakon wanita kepada wartawan ketika suami dan dia diiring ke Mahkamah semalam.

SAYS.com
Image via Harian Metro (YouTube)

Salah seorang mangsa adalah pesara ahli perniagaan berumur 56 tahun

"Susulan satu laporan polis berkait kes penipuan yang dibuat di daerah ini, polis menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 40-an dan 30-an di tempat persembunyian mereka." kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim.

Pasangan itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman dan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan reman selama tiga hari untuk kedua-dua suspek.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga meminta ruang siasatan yang telus dapat dijalankan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan di media sosial," katanya.

SAYS.com
Image via Ahmad Hasbi / Harian MetroImage via

Mangsa telah disyaki ditipu rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor yang telah ditawarkan kepadanya pada 21 September 2023.

Beberapa lot tanah di Selangor itu terletak di bawah mukim Cheras di mana mangsa dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri.

"Pengadu mula berurusan dengan suspek dan membuat sebanyak beberapa kali transaksi," katanya.

Suspek telah menggunakan akaun bapanya serta akaun bank isterinya untuk menerima transaksi proses mendapat lot tanah yang dijanjikan sebanyak RM1.5 juta.

Pendedahan ini telah dibuat menerusi hantara di Threads, di mana pelakon ini sering menghiasa drama di televisyen sedang 'bersembunyi' selepas didakwa menipu wang mangsa.

Seorang lagi mangsa di Threads iaitu kakbeyna_official juga telah kerugian sebanyak RM300,000. Dia juga mendakwa terdapat mangsa-mangsa lain yang mengalami kerugian jauh lebih besar.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: