Pelajar USIM Johan Qari Tilawah Al-Quran Kebangsaan Kongsi Rahsia Kejayaan

'Jatuh cinta' dengan al-Quran sejak kecil lagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali, telah dinobatkan Johan Qari (kategori Tilawah Al-Quran) bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran ini telah berlangsung di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu baru-baru ini.

Berasal dari Perak, Cik Hasnul Taqiyuddin juga adalah pelajar Tahun Tiga jurusan al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekaligus membawa pulang kejayaan peribadi sambil mengharumkan nama universiti.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Jatuh cinta dengan al-Quran sejak kecil jadi rahsia kejayaan

Menurut laporan dari Sinar Bestari, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke pentas kebangsaan.

"Bismillahirrahmanirrahim, pertamanya saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT. Ini kejayaan yang pada saya mungkin tidak disangka kerana saingan sangat sengit.

"Ini juga kali pertama saya menjejakkan kaki ke pentas kebangsaan. Jadi saya anggap ini sebagai rezeki daripada ALLAH. Insya-ALLAH, saya akan cuba lakukan yang terbaik di pentas antarabangsa nanti,"
katanya.

Cik Hasnul Taqiyuddin juga membawa pulang wang tunai RM20,000, tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, berserta piala, cenderamata dan sijil.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Beliau juga mengatakan dia mula 'jatuh cinta' terhadap al-Quran sejak kecil lagi apabila mendengar ayahnya membaca surah al-Mulk setiap malam. Tanpa disedarinya dia juga turut menghafal secara perlahan-lahan tanpa paksaan sesiapa pun.

Ketika Tahun Empat, Cik Hasnul mula mendapat sokongan ibu dan ayah untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran di peringkat sekolah yang akhirnya membuka jalan kepada kejayaan besar sehingga ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: