Pelajar Universiti Kongsi Terpaksa Hadap Makan RM2 Sehari & Bekerja Untuk Terus Belajar
"Hampir setiap hari saya makan tauhu atau telur."
Cover image via Ainul MardhiahFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selama setahun, Ainol Mardhiah Mohd Jamani bertahan hanya makan RM2 sehari
Dilaporkan oleh SAYS, pada mulanya Ainol terpaksa menggunakan RM1,000 daripada duit pinjaman pembelajaran untuk kesemua kehidupan sehariannya.
Dia kini telah memasuki fasa seterusnya dalam semester dan akhirnya nekad untuk bekerja sendiri sambil belajar.
Ainol berumur 22 tahun dan merupakan pelajar Komunikasi Bahasa Inggeris. Dia juga telah berpengalaman dalam pelbagai pekerjaan dan kini boleh menyimpan duit sendiri untuk sambung belajar.
"Saya bekerja untuk kelangsungan kehidupan seharian dan mengurangkan beban kewangan ibu bapa saya," ujar Ainol.
"Saya sebenarnya tinggal di luar kampus, jadi saya memerlukan sejumlah wang untuk sewa, makan dan duit kecemasan untuk pengangkutan jika terlepas bas," tambahnya lagi.
Duit Yayasan digunakan untuk yuran dan sewa
Anak sulung dari tiga beradik ini mendapat RM2,500 setiap semester dari Yayasan Kelantan yang digunakan untuk yuran pembelajaran dan sewa.
Jika gaji dari pekerjaannya lambat dibayar, dia terpaksa menggunakan duit yayasan tersebut untuk makan.

"Semua ini tidak cukup untuk hidup dengan selesa, jika saya tidak mengira makan, perbelanjaan rumah dan pengangkutan, cukuplah." katanya lagi.
Ainol mengatakan dia memerlukan RM500 setiap bulan selama enam bulan dan perbelanjaan majoritinya digunakan untuk makanan.
Dia juga mengakui masih risau akan keperluan mempunyai wang yang cukup tetapi perkara ini tidak akan menghalangnya dari meneruskan pembelajaran tinggi.
"Pembelajaran adalah satu keperluan. Duit boleh dicari selagi kita berusaha, dan saya bersedia untuk melakukan perkara ini," ujar Ainol.
Hanya RM2 sehari makan telur atau tauhu
Menurut Ainol, ketika menjadi pelajar asasi, dia terpaksa bertahan dengan hanya makan telur atau tauhu sahaja.
"Hampir setiap hari saya makan tauhu atau telur."
Air pula hanya beli air kosong dari mesin air dengan 10 sen sahaja.

Untuk meneruskan pembelajaran ijazahnya, dia telah melalui pelbagai jenis kerja seperti runner, ejen kereta sewa, krew F&B, promoter, pembantu butik, pekerja kedai solek, pembantu kedai cenderamata dan juga pemandu.
Semua kerja ini adalah daripada rakan atau keluarganya sendiri dimana Ainol mengambil inisiatif untuk mencari kerja.
Ainol mengesahkan menjaga masa diantara belajar dan bekerja sangat susah tetapi dia sentiasa komited untuk memastikan kerja ini tidak mengganggu pembelajarannya.

Dia sering mencari kerja yang mempunyai tempat kerja fleksibel dan sentiasa membuat tugasan kerja universiti seminggu atau dua minggu lebih awal.
Ainol percaya perkara ini banyak memberikan pengalaman berharga untuk masa depannya ketika bekerja nanti.
Banyak universiti mempunyai program pembelajaran jarak jauh tetapi tidak semua kursus mempunyai pilihan ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



