Pelajar UniMAP Sanggup Redah 8 Jam Naik Motosikal Demi Hadir Hari Pertama Di Universiti

Pelajar itu disambut oleh kakitangan fakulti di pintu masuk kampus.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar Malaysia meraih pujian atas ketabahan luar biasanya apabila sanggup meredah perjalanan sejauh lapan jam dengan menunggang motosikal

Difahamkan, dia hanya berbekalkan sebuah beg galas dan sebaldi kelengkapan mandian demi menghadiri hari pertama pengajiannya di universiti.

Kisah tersebut dikongsi oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, yang bukan sahaja memuji semangat juang pelajar berkenaan, malah secara rasmi mengalu-alukan kehadirannya ke kampus.

Muhammad Zahirul Hakim Bin Zali, berasal dari Sepang, Selangor, memulakan perjalanan solo menuju ke Arau, Perlis, dengan tekad untuk tidak membiarkan jarak mahupun kekangan kos menjadi penghalang dalam mengejar cita-citanya.

Menurut UniMAP, Zahirul kini melanjutkan pengajian di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi).

SAYS.com
Image via Universiti Malaysia Perlis (Facebook)

Zahirul berseloroh bahawa Lebuhraya PLUS seakan-akan menjadi "rumah kedua" baginya sejak zaman diploma

Dia memberitahu jika dahulu dia banyak bergantung kepada perkhidmatan bas atau ETS, namun dengan tambang mencecah sehingga RM100 sehala, pilihan itu semakin membebankan.

Kini, dengan menunggang motosikal, kos perjalanan dapat dijimatkan kepada sekitar RM30 sahaja setiap kali perjalanan.

Sebagai anak sulung daripada enam beradik, Zahirul turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu membebankan ibu bapa yang masih perlu menanggung keperluan adik-adiknya yang lain.

SAYS.com
Image via Universiti Malaysia Perlis (Facebook)

Pelajar berkenaan mengakui bahawa bapanya pada awalnya agak keberatan untuk membenarkannya menunggang motosikal sejauh itu seorang diri

Namun, Zahirul menjelaskan bahawa beliau telah membuktikan dirinya sebagai penunggang yang bertanggungjawab dan tidak memecut, tidak berkelakuan berbahaya, dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Dia tiba dengan selamat di UniMAP tepat pada hari pendaftaran, Sabtu, 27 September, di mana kedatangannya disambut mesra oleh warga fakulti.

Naib Canselor, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli turut menyampaikan cenderamata kecil sebagai tanda bermulanya perjalanan akademik Zahirul.

"Selamat datang ke UniMAP, Zahirul. Kisahmu adalah inspirasi buat kita semua, tentang pengorbanan, tentang kasihnya keluarga, dan tentang keberanian seorang anak muda dalam mengapai cita-cita,"
kongsi pihak universiti dalam hantaran rasmi mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via