Pelajar Tumbuk Guru Lepas Ditegur Ponteng Kelas Kini Ditahan Polis & Bakal Didakwa Di Mahkamah

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video berdurasi 38 saat yang memaparkan pertengkaran antara dua individu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu insiden mengejutkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Kajang semalam apabila seorang pelajar tingkatan dua bertindak agresif menumbuk gurunya selepas ditegur ponteng kelas

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, guru lelaki berusia 29 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.15 malam.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca apabila pelajar itu ponteng kelas pendidikan jasmani yang sepatutnya berada di padang sekolah, dan dia ditegur guru berkenaan.

"Perkara itu membuatkan suspek tidak berpuas hati lalu berlaku pergelutan antara mereka sehingga suspek mula mengugut dan menumbuk muka gurunya,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Susulan itu, pelajar lelaki berusia 14 tahun terbabit telah ditahan pihak polis di sekitar Kajang semalam dan kini direman selama dua hari sehingga esok

Apa yang lebih membimbangkan, kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa guru serta pelajar lain di lokasi kejadian dan kini telah tular di media sosial.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan, dimana jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.

"Bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,"
katanya lagi.

Naazron turut memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kajang esok.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung insiden ini diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Wahid di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video berdurasi 38 saat yang memaparkan pertengkaran antara dua individu dengan salah seorang daripada mereka dilihat menumbuk pipi individu yang satu lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: