Pelajar Tingkatan Dua Diselamatkan Bomba Selepas Diserang Histeria, Hampir Terjatuh Dari Tingkat Satu Sekolah

Syukur selamat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mencetuskan detik cemas apabila dipercayai mengalami histeria sehingga hampir terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah menengah di Gunong, Bachok, Kelantan baru-baru

Menurut laporan Kosmo!, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pelajar tingkatan dua berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan tidak terkawal sebelum cuba menghampiri bahagian tepi bangunan sekolah.

Situasi tersebut segera disedari oleh guru-guru yang bertindak pantas menenangkan pelajar terbabit sambil menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

SAYS.com
Image via Sinar HarianImage via

Secara kebetulan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok yang sedang dalam perjalanan bagi memadam kebakaran tanah gambut berhampiran telah dipanggil singgah ke lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali memaklumkan bahawa sebaik tiba, pasukannya bersama guru mengambil pendekatan memujuk pelajar berkenaan yang dipercayai berada dalam keadaan halusinasi.

"Anggota bomba dan guru mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk serta menenangkan remaja tersebut daripada terjatuh," katanya.

Pelajar itu kemudiannya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut

Difahamkan, pelajar tersebut dipercayai mengalami serangan histeria ketika kejadian berlaku.

Tinjauan di lokasi pada sebelah petang mendapati keadaan sekolah kembali terkawal dan sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Namun begitu, pihak sekolah serta penduduk setempat memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: